Monday, October 11, 2010

Nota RIngkas Topik Perhubungan

Jenis Sistem Perhubungan
- Perhubungan ialah proses pemindahan maklumat dari pemancar ke penerima.
- Proses pemindahan maklumat adalah dgn melalui sistem perhubungan telefon, s.p data dan s.p. radio.
- Terdiri drp 2 sistem iaitu ssimpleks atau dupleks.
Simpleks
- Merupakan sistem perhubungan sehala. Satu pihak akan menghantar maklumat sahaja dan satu pihak yg lain akan menerima sahaja.
- Contoh : sistem penyiaran radio, televisyen, percetakan t, penghantaran data suhu.
Dupleks
- Merupakan sistem perhubungan dua hala antara pemancar dengan penerima.
- Terdiri drp 2 jenis iaitu dupleks separuh & dupleks penuh.
   Dupleks Separuh  --  Memancar dan menerima isyarat secara bergilir-gilir.  Cth : walkie-talkie, prhubungan radio polis & tentera, radio jalur awam.
    Dupleks Penuh  -- Memancar dan menerima isyarat secara serentak. Cth : telefon.

Komponen Asas Sistem Perhubungan
- Terdiri drp 3 bahagian utama iaitu penghantar, media dan penerima.
   Penghantar --  menerima masukan analog atau berdigit  utk dimodulatkan.
   Media --  saluran perhubungan yang menjadi penghubung antara penghantar dgn penerima
   Penerima – menyahmodulatkan isyarat yg diterima.


Media Penghantaran
- Terdiri drp 2 kumpulan iaitu saluran tanpa dawai dan saluran berdawai.
    Saluran tanpa dawai  
   Cth :  i)  Gelombang mikro   -   Tanah tinggi/bukit
              ii)  Perhubungan satelit – Benua/laut luas
             
    Saluran berdawai     -     Tanah rata
    Penggunaan saluran berdawai bergantung kpd kriteria berikut :
    1. Lebar jalur  yg diperlukan       2. Kos                            3.  Jarak Perambatan                   4. Lokasi media 
    Cth : Talian 2 dawai, kabel sepaksi dan gentian optik.
    
Talian Dua Dawai
- Lazim digunakan untuk talian telefon
- Terdiri drp 2 dawai selari yang dipiuh pada jarak tertentu dan dibaluti plastik yang berlainan warna.
- Tujuan dipiuh utk mengurangkan gangguan talian silang kesan drp voltan diperalatan yang berhampiran dgn talian.
-  Lebar jalurnya lebih kurang 3000 Hz.  
Kabel Sepaksi
-  Lazim digunakan dalam sistem perhubungan radio.
-  Terdiri drp 2 pengalir yg dipisahkan oleh satu lapisan penebat.
 -  Lebar jalurnya di antara 100kHZ hingga 500kHZ.
 -  Kabelnya tahan lasak.
Gentian Optik
-  Kabel pilihan terbaik masa kini kerana :-
    i)  Harga  murah   ii)  Tahan lasak
   iii) Lebar jalur lebih besar dlm linkungan 5 GHz.
   iv) Bebas dari hingar  v)  Pemerosotan yg. rendah
- Diperbuat drp jalur kaca atau plastik yang dibaluti penebat.
-  Isyarat berdigit perlu ditukar kepada isyarat  cahaya sebelum dapat merambat dalam gentian optik..
Gelombang Mikro
-  Media frekuensi penghantaran menggunakan udara.
-  Lebar jalur di antara 1GHz hingga 300GHz.
-   Isyarat media dihantar menggunakan antena pemancar dan diterima oleh antena penerima.
-  Dulu -  Untuk perambatan gelombang mikro, dua frekuensi/saluran diperlukan untuk memancar & menerima isyarat.
-  Kini – Dengan menggunakan transceiver hanya satu antena yang digunakan untuk memancar dan menerima isyarat.   
-  Stesen pengulang berada di  bumi.
Perhubungan Satelit
-  Media frekuensi penghantaran menggunakan udara.
-  Stesen pengulang berada di ruang angkasa.
-  Sistem perhubungan lebih luas sehingga ke kewasan terpencil, merentasi benua dan lautan.
-  Stesen pemancar bumi akan memancarkan isyarat ke antena penerima satelit- frekuensi hubung atas
-  Antena pemancar satelit memancar isyarat ke stesen penerima di bumi – frekuensi hubung bawah.
-  Peranti yang menerima dan memancar isyarat pada satelit di kenali sebagai responder. 

Pemodulatan
-  Ialah proses menggabungkan isyarat maklumat yang hendak dihantar dengan isyarat pembawa.
-  Pemodulatan sangat penting dalam sistem perhubungan kerana ia dapat menghantar isyarat maklumat pada 
Istilah Penting
i)  Isyarat Memodulat atau Maklumat atau Masukan atau Audio
    -  Ialah isyarat maklumat asal yang hendak dihantar oleh sebuah sistem perhubungan.
ii)  Isyarat Pembawa
     -  Ialah isyarat yang membawa isyarat memodulat menjangkau jarak yang jauh.
iii)  Pemodulatan
     -  Ialah proses mengubah isyarat pembawa supaya menuruti isyarat memodukat.

















No comments:

Post a Comment