Monday, October 11, 2010

Nota Ringkas Motor AT

Motor Elektrik
- Ialah mesin yg menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.
-  Unit bagi kuasa motor ialah watt, W atau kuasa kuda, HP .            1 HP =  746 W 
Simbol
Binaan Asas Motor AT
i)   Angker 
         - Ialah bahagian berputar yg terdiri drp:
 a) Teras angker – berfungsi sebagai elektromagnet utk menghasilkan medan magnet yg akan bersaling tindak balas dgn medan magnet pemegun.

b) Belitan angker – berfungsi utk mengalirkan arus supaya teras angker mjadi elektromagnet.   

c) Lubang alur -  berfungsi sbg laluan untuk belitan angker & memisahkan angker kpd beberapa ruas. 

ii)  Penukartertib
        - Berfungsi utk menghubungkan pengaliran arus dari bekalan kpd belitan angker melalui berus karbon.

iii)  Berus Karbon
      -  Berfungsi sebagai  komponen penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun. 

iv)  Kutub Medan
      -  Berfungsi utk menghasilkan medan magnet.
          * Motor kecil menggunakan magnet kekal.    
          * Motor besar menggunakan elektromagnet.
     -   Belitan yang menghasilkan kekuatan medan magnet dinamakan belitan medan. 


Prinsip Kendalian
-  Arus mengalir ke belitan angker dan belitan medan.
-  Medan magnet akan terhasil.
-  Kedua-dua medan akan bertindak balas.
-  Saling tindak balas ini menghasilkan daya kilas.
-  Daya kilas yang wujud akan menyebabkan angker berputar.
-  Proses putaran angker seperti berikut :`
Menukar Arah Putaran  Motor AT
Arah putaran angker dapat ditukar dengan 2 cara iaitu :
i)         Menyongsangkan sambungan belitan angker
ii)       Menyongsangkan sambungan belitan medan
iii)      Menyongsangkan punca bekalan.  
Litar Asas
Motor AT dikelaskan kepada 3 iaitu : i)  Motor Siri   ii)  Motor Pirau  iii) Motor Majmuk
i)  Motor Siri
Ciri-ciri motor siri  
*  Belitan medan & belitan angker disambung siri dengan punca bekalan.
*  DGE balikan tidak berlaku di belitan angker, ini membolehkan arus permulaan yang tinggi mengalir.
* Oleh itu, daya kilas permulaan yang tinggi akan berlaku.
Kegunaan 
-          Motor ini sesuai untuk sistem berbeban pada permulaan kerja seperti kren, tali sawat dan mesin CNC.

ii)  Motor Pirau
Ciri-ciri motor pirau
·         Belitan medan & belitan angker disambung  selari dengan punca bekalan.
·         Dengan sambungan selari maka arus pada belitan medan sentiasa malar.
·         DGE balikan yang terhasil akan menentukan arus pada belitan angker.
·         Daya kilas permulaan tidak tinggi.
Kegunaan
-          Motor ini sesuai untuk kelajuan malar seperti perkakas mesin, penggilap dan penyembur.

iii)   Motor Majmuk
Ciri-ciri motor majmuk
>   Mempunyai belitan medan siri & belitan medan pirau.  
>   Bilangan belitan medan siri adalah kurang daripada bilangan belitan medan pirau.
>  Mempunyai daya kilas permulaan tinggi dan kelajuan yang malar. 
Kegunaan
-  Motor beban lampau berat spt mesin pemotong dan pengisar.

No comments:

Post a Comment