Monday, October 11, 2010

Nota RIngkas Topik Perhubungan

Jenis Sistem Perhubungan
- Perhubungan ialah proses pemindahan maklumat dari pemancar ke penerima.
- Proses pemindahan maklumat adalah dgn melalui sistem perhubungan telefon, s.p data dan s.p. radio.
- Terdiri drp 2 sistem iaitu ssimpleks atau dupleks.
Simpleks
- Merupakan sistem perhubungan sehala. Satu pihak akan menghantar maklumat sahaja dan satu pihak yg lain akan menerima sahaja.
- Contoh : sistem penyiaran radio, televisyen, percetakan t, penghantaran data suhu.
Dupleks
- Merupakan sistem perhubungan dua hala antara pemancar dengan penerima.
- Terdiri drp 2 jenis iaitu dupleks separuh & dupleks penuh.
   Dupleks Separuh  --  Memancar dan menerima isyarat secara bergilir-gilir.  Cth : walkie-talkie, prhubungan radio polis & tentera, radio jalur awam.
    Dupleks Penuh  -- Memancar dan menerima isyarat secara serentak. Cth : telefon.

Komponen Asas Sistem Perhubungan
- Terdiri drp 3 bahagian utama iaitu penghantar, media dan penerima.
   Penghantar --  menerima masukan analog atau berdigit  utk dimodulatkan.
   Media --  saluran perhubungan yang menjadi penghubung antara penghantar dgn penerima
   Penerima – menyahmodulatkan isyarat yg diterima.


Media Penghantaran
- Terdiri drp 2 kumpulan iaitu saluran tanpa dawai dan saluran berdawai.
    Saluran tanpa dawai  
   Cth :  i)  Gelombang mikro   -   Tanah tinggi/bukit
              ii)  Perhubungan satelit – Benua/laut luas
             
    Saluran berdawai     -     Tanah rata
    Penggunaan saluran berdawai bergantung kpd kriteria berikut :
    1. Lebar jalur  yg diperlukan       2. Kos                            3.  Jarak Perambatan                   4. Lokasi media 
    Cth : Talian 2 dawai, kabel sepaksi dan gentian optik.
    
Talian Dua Dawai
- Lazim digunakan untuk talian telefon
- Terdiri drp 2 dawai selari yang dipiuh pada jarak tertentu dan dibaluti plastik yang berlainan warna.
- Tujuan dipiuh utk mengurangkan gangguan talian silang kesan drp voltan diperalatan yang berhampiran dgn talian.
-  Lebar jalurnya lebih kurang 3000 Hz.  
Kabel Sepaksi
-  Lazim digunakan dalam sistem perhubungan radio.
-  Terdiri drp 2 pengalir yg dipisahkan oleh satu lapisan penebat.
 -  Lebar jalurnya di antara 100kHZ hingga 500kHZ.
 -  Kabelnya tahan lasak.
Gentian Optik
-  Kabel pilihan terbaik masa kini kerana :-
    i)  Harga  murah   ii)  Tahan lasak
   iii) Lebar jalur lebih besar dlm linkungan 5 GHz.
   iv) Bebas dari hingar  v)  Pemerosotan yg. rendah
- Diperbuat drp jalur kaca atau plastik yang dibaluti penebat.
-  Isyarat berdigit perlu ditukar kepada isyarat  cahaya sebelum dapat merambat dalam gentian optik..
Gelombang Mikro
-  Media frekuensi penghantaran menggunakan udara.
-  Lebar jalur di antara 1GHz hingga 300GHz.
-   Isyarat media dihantar menggunakan antena pemancar dan diterima oleh antena penerima.
-  Dulu -  Untuk perambatan gelombang mikro, dua frekuensi/saluran diperlukan untuk memancar & menerima isyarat.
-  Kini – Dengan menggunakan transceiver hanya satu antena yang digunakan untuk memancar dan menerima isyarat.   
-  Stesen pengulang berada di  bumi.
Perhubungan Satelit
-  Media frekuensi penghantaran menggunakan udara.
-  Stesen pengulang berada di ruang angkasa.
-  Sistem perhubungan lebih luas sehingga ke kewasan terpencil, merentasi benua dan lautan.
-  Stesen pemancar bumi akan memancarkan isyarat ke antena penerima satelit- frekuensi hubung atas
-  Antena pemancar satelit memancar isyarat ke stesen penerima di bumi – frekuensi hubung bawah.
-  Peranti yang menerima dan memancar isyarat pada satelit di kenali sebagai responder. 

Pemodulatan
-  Ialah proses menggabungkan isyarat maklumat yang hendak dihantar dengan isyarat pembawa.
-  Pemodulatan sangat penting dalam sistem perhubungan kerana ia dapat menghantar isyarat maklumat pada 
Istilah Penting
i)  Isyarat Memodulat atau Maklumat atau Masukan atau Audio
    -  Ialah isyarat maklumat asal yang hendak dihantar oleh sebuah sistem perhubungan.
ii)  Isyarat Pembawa
     -  Ialah isyarat yang membawa isyarat memodulat menjangkau jarak yang jauh.
iii)  Pemodulatan
     -  Ialah proses mengubah isyarat pembawa supaya menuruti isyarat memodukat.

















Nota Ringkas Motor AT

Motor Elektrik
- Ialah mesin yg menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.
-  Unit bagi kuasa motor ialah watt, W atau kuasa kuda, HP .            1 HP =  746 W 
Simbol
Binaan Asas Motor AT
i)   Angker 
         - Ialah bahagian berputar yg terdiri drp:
 a) Teras angker – berfungsi sebagai elektromagnet utk menghasilkan medan magnet yg akan bersaling tindak balas dgn medan magnet pemegun.

b) Belitan angker – berfungsi utk mengalirkan arus supaya teras angker mjadi elektromagnet.   

c) Lubang alur -  berfungsi sbg laluan untuk belitan angker & memisahkan angker kpd beberapa ruas. 

ii)  Penukartertib
        - Berfungsi utk menghubungkan pengaliran arus dari bekalan kpd belitan angker melalui berus karbon.

iii)  Berus Karbon
      -  Berfungsi sebagai  komponen penyambung litar elektrik yang berputar dengan bahagian yang pegun. 

iv)  Kutub Medan
      -  Berfungsi utk menghasilkan medan magnet.
          * Motor kecil menggunakan magnet kekal.    
          * Motor besar menggunakan elektromagnet.
     -   Belitan yang menghasilkan kekuatan medan magnet dinamakan belitan medan. 


Prinsip Kendalian
-  Arus mengalir ke belitan angker dan belitan medan.
-  Medan magnet akan terhasil.
-  Kedua-dua medan akan bertindak balas.
-  Saling tindak balas ini menghasilkan daya kilas.
-  Daya kilas yang wujud akan menyebabkan angker berputar.
-  Proses putaran angker seperti berikut :`
Menukar Arah Putaran  Motor AT
Arah putaran angker dapat ditukar dengan 2 cara iaitu :
i)         Menyongsangkan sambungan belitan angker
ii)       Menyongsangkan sambungan belitan medan
iii)      Menyongsangkan punca bekalan.  
Litar Asas
Motor AT dikelaskan kepada 3 iaitu : i)  Motor Siri   ii)  Motor Pirau  iii) Motor Majmuk
i)  Motor Siri
Ciri-ciri motor siri  
*  Belitan medan & belitan angker disambung siri dengan punca bekalan.
*  DGE balikan tidak berlaku di belitan angker, ini membolehkan arus permulaan yang tinggi mengalir.
* Oleh itu, daya kilas permulaan yang tinggi akan berlaku.
Kegunaan 
-          Motor ini sesuai untuk sistem berbeban pada permulaan kerja seperti kren, tali sawat dan mesin CNC.

ii)  Motor Pirau
Ciri-ciri motor pirau
·         Belitan medan & belitan angker disambung  selari dengan punca bekalan.
·         Dengan sambungan selari maka arus pada belitan medan sentiasa malar.
·         DGE balikan yang terhasil akan menentukan arus pada belitan angker.
·         Daya kilas permulaan tidak tinggi.
Kegunaan
-          Motor ini sesuai untuk kelajuan malar seperti perkakas mesin, penggilap dan penyembur.

iii)   Motor Majmuk
Ciri-ciri motor majmuk
>   Mempunyai belitan medan siri & belitan medan pirau.  
>   Bilangan belitan medan siri adalah kurang daripada bilangan belitan medan pirau.
>  Mempunyai daya kilas permulaan tinggi dan kelajuan yang malar. 
Kegunaan
-  Motor beban lampau berat spt mesin pemotong dan pengisar.

Nota Ringkas Topik Motor

Motor Elektrik
- Ialah mesin yg menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik.
-  Unit bagi kuasa motor ialah watt, W atau kuasa kuda, HP .            1 HP =  746 W 

Simbol

Binaan Asas Motor Aruhan AU
Motor aruhan AU mempunyai 2 bahagian utama iaitu pemegun dan pemutar.
i)   Pemegun 
  -  Bahagian yang pegun dalam motor.
  - Berfungsi untuk membekalkan medan magnet berputar kepada pemutar.
   - Medan magnet berputar dihasilkan oleh belitan pemula dan belitan larian.    
   - Belitan pemula berfungi untuk  menentukan arah pusingan motor.
   - Belitan larian berfungsi untuk menentukan kelajuan pusingan motor.

ii)  Pemutar
   -  Bahagian yang berputar dalam motor.
   -  Pemutar  tidak mempunyai sebarang belitan.
   -  Pemutar  dibina drp palang pengalir  kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras pemutar.
   -  Palang pengalir ini menjadi laluan untuk arus tearuh.
   -  Teras pemutar dibina daripada keluli berlamina.



Prinsip Kendalian
-  Arus yang mengalir dibelitan pemula dan belitan larian adalah pada fasa yang berbeza (90o).
-  Perbezaan ini menyebabkan terhasil medan magnet berputar dipemegun.
-   Medan magnet berputar pemegun akan memotong palang pengalir pemutar.
-  Arus akan tearuh pada pemutar.
-  Medan magnet berputar juga akan terbentuk dipemutar.
-  Seterusnya, berlakunya saling tindak balas di antara medan magnet berputar dengan medan magnet pemegun.    
-   Saling tindak balas ini menghasilkan daya kilas pada palang pengalir.
-  Daya kilas yang wujud akan menyebabkan pemutar motor berputar.
-  Proses putaran angker seperti berikut :

Penghasilan perbezaan fasa di antara belitan pemula dan belitan larian.

i)      Menggunakan saiz dawai belitan yang berbeza.
ii)     Menggunakan bilangan belitan yang berbeza.
iii)    Memasang pemuat secara siri dengan belitan pemula.

Litar Asas
Motor aruhan yang akan dibincangkan ialah motor aruhan pemuat kekal, motor aruhan pemuat pemula dan motor semesta.
i)  Motor Aruhan Pemuat kekal
Ciri-ciri motor aruhan pemuat kekal
*  Pemuat kekal disambung siri dengan belitan pemula yang berfungsi  untuk menghasilkan perbezaan fasa.
*  Daya kilas tidak tinggi dan kelajuan malar.
Kegunaan 
-          Motor ini sesuai untuk sistem berbeban yang rendah  seperti kipas angin meja, kipas silang dan kipas ekzos.

ii)  Motor Aruhan Pemuat Pemula
Ciri-ciri motor aruhan pemuat pemula
·         Pemuat dan  suis empar dan  disambung  siri dengan belitan pemula.
·         Pemuat akan membezakan fasa di antara belitan pemula dan belitan larian.
·         Arus permulaan yang sangat tinggi sehingga memerlukan suis empar untuk memisahkan sambungan belitan pemula apabila kadar kelajuan mencapai 70% hingga 80% tahap kelajuan penuh.
·         Daya kilas sangat tinggi.
  Kegunaan
-          Motor ini sesuai untuk mesin yang memerlukan bebanan seperti mesin gerudi, mesin parut kelapa.

iii)  Motor Semesta
Ciri-ciri motor semesta
·         Boleh menggunakan bekalan AU dan AT.
·         Kendalian sama seperti motor siri.
·         Daya kilas yang tinggi dan kelajuan putaran yang mudah dikawal.
Kegunaan
-  Motor ini digunakan untuk peralatan elektrik spt. Gerudi tangan dan alat pengadun (blender)

Menukar Putaran Motor Aruhan AU
Arah putaran motor aruhan dapat ditukar dengan menukar arah penyambungan kekutuban belitan larian atau belitan pemula.

Nota Ringkas Topik Robotik



PENGENALAN KEPADA ROBOTIK
-  Kepentingan dan keperluan robotik adalah untuk : i)  hasil pengeluaran yg kualiti dgn kuantiti yg besar.
ii)  menjalankan tugas ditempat yang bahaya.
iii)  laksanakerja tanpa henti
iv) laku tugas yang berulang2 dgn kejituan yg tinggi
 v)  laku  tugas dgn lebih cepat dan tepat.
Aras Teknologi Robot
i)  Aras teknologi rendah
    -  Mempunyai kawalan pergerakan tetap dan tidak boleh ditukar ketika beroperasi.
ii)  Aras teknolgi sederhana
    -  Mempunyai pergerakan yang lebih berbanding ATR walaubagaimanapun tugasnya terbatas.
iii)  Aras teknologi tinggi
-    Mempunyai pergerakan yang banyak dan mampu menjalankan tugas yang kompleks.      
        
  Komponen Asas Robot
   Terdiri manipulator, pengawal, sumber penggerak  dan alat hujung lengan.
i)  Manipulator
    -  Ialah mesin yang bergerak untuk melakukan kerja.  Terdiri daripada tatarajah , pergelangan tangan  dan bingkai tapak.
    a)  Tatarajah Manipulator
          -  Pergerakan  lengan dan sendi.  Terdiri daripada  tatarajah kartesan, silinder, kutub dan persendian.
    b)  Pergelangan Tangan Manipulator  
          -  Berfungsi seperti pergelangan tangan manusia iaitu pergelangan, rewang dan olek.
    c)  Bingkai Tapak Manipulator     
         -  Boleh diletak di lantai, dinding atau siling.
 ii)   Pengawal
-  Terdapat beberapa jenis pengawal robot iaitu pengawal paksi servo, bukan servo, mikropemproses dan pengawal logik boleh atur cara (PLC).  Pengawal berhubung dengan peralatan atau peranti penggunaan antara muka.
 iii)  Sumber Penggerak
-   Tiga jenis sumber penggerak utama iaitu kuasa elektrik, kuasa hidraulik dan kuasa pneumatik.
a)  Kuasa elektrik  
     - Menggunakan bekalan utama voltan AU &  AT
 b)  Kuasa Hidraulik
  - Menggunakan  bendalir bertekanan tinggi  untuk menggerakkan silinder hidraulik pd robot.
  - Kaedah ini berupaya mengerak robot dengan kelajuan dan kuasa angkat beban yg tinggi.
c)  Kuasa Pneumatik  
      -  Menggunakan udara bertekanan tinggi untuk menggerakkan silinder pneumatik pd robot.
iv)  Alat Hujung Lengan
    - Terdapat 3 jenis iaitu penggenggam mekanik, 
       penggenggam vakum dan penggenggam magnet.




Mekanisme Robotik
- Mekanisme robotik lazimnya dilengkapi dengan penderia, motor pelangkah, gear, tali sawat & rantai.
i) Penderia
   - Ialah peranti yang digunakan utk mengesan sendi & bahan kerja, bahan kerja, kelajuan putaran, daya dan tekanan, daya kilas, cahaya dan kehadiran
  -  Jenis-jenis penderia ialah penderia penglihatan, bau, sentuh, pendengaran dan pertuturan. 
 -  Di bahagikan kpd 2 mod kendalian iaitu penderia sentuh dan penderia tak sentuh.
    Penderia sentuh  beroperasi apabila bersentuh dengan objek.
    Penderia tak sentuh – beroperasi apabila objek berada dalam kawasan pengesan.  
ii) Motor Pelangkah
    - Merupakan motor elektrik yang berputar mengikut darjah putaran.  Terdiri daripada 2 jenis iaitu dua kutub magnet kekal dan dua kutub bifilar.
iii) Gear
    - Dengan menggunakan rangkaian gear ia dapat berfungsi untuk memindahkan kuasa, putaran aci dan menukar arah pergerakkan robot.
   - Terdapat 2 jenis rangkaian gear iaitu rangkaian   biasa dan rangkaian planet. 
    - Gear rangkaian biasa  dikelaskan kpd gear mudah dan gear majmuk.
    - Bahagian gear yang digunakan utk membina rangkaian dikenali sebagai gear pemacu, gear pemelahu dan gear terpicu.
   -  Jenis-jenis Gear
      - Terdiri drp gear taji, gear heliks, gear serong dan gear ulir.   
iv)  Talisawat
-  Ialah bahan jalur yang berputar berterusan menggunakan dua takal.
- Terdiri drp 2 jenis iaitu talisawat Jenis V, segerak dan rata.
v)  Rantai
  -  Digunakan utk memindah kuasa antara dua aci menggunakan gegancu. 
 - Terdiri drp 2 jenis iaitu rantai guling & rantai manik 

Pengawal Boleh Atur Cara (PLC)
- Merupakan satu peranti yang boleh di atur cara.
- Terdapat 5 bahagian utama iaitu masu keluaran, bekalan kuasa & pangkalan pengaturcaraan.kan, pengawal,