Motor Elektrik - Ialah mesin yg menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanik. - Unit bagi kuasa motor ialah watt, W atau kuasa kuda, HP . 1 HP = 746 W Binaan Asas Motor Aruhan AU Motor aruhan AU mempunyai 2 bahagian utama iaitu pemegun dan pemutar. i) Pemegun - Bahagian yang pegun dalam motor. - Berfungsi untuk membekalkan - - Belitan pemula berfungi untuk menentukan arah pusingan motor. - Belitan larian berfungsi untuk menentukan kelajuan pusingan motor. ii) Pemutar - Bahagian yang berputar dalam motor. - Pemutar tidak mempunyai sebarang belitan. - Pemutar dibina drp palang pengalir kuprum atau aluminium yang diisi ke dalam lubang alur teras pemutar. - Palang pengalir ini menjadi laluan untuk arus tearuh. - Teras pemutar dibina daripada keluli berlamina. Prinsip Kendalian - Arus yang mengalir dibelitan pemula dan belitan larian adalah pada fasa yang berbeza (90o). - Perbezaan ini menyebabkan terhasil - - Arus akan tearuh pada pemutar. - - Seterusnya, berlakunya saling tindak balas di antara - Saling tindak balas ini menghasilkan daya kilas pada palang pengalir. - Daya kilas yang wujud akan menyebabkan pemutar motor berputar. Penghasilan perbezaan fasa di antara belitan pemula dan belitan larian. i) Menggunakan saiz dawai belitan yang berbeza. ii) Menggunakan bilangan belitan yang berbeza. iii) Memasang pemuat secara siri dengan belitan pemula. | Litar Asas Motor aruhan yang akan dibincangkan ialah motor aruhan pemuat kekal, motor aruhan pemuat pemula dan motor semesta. i) Motor Aruhan Pemuat kekal Ciri-ciri motor aruhan pemuat kekal * Pemuat kekal disambung siri dengan belitan pemula yang berfungsi untuk menghasilkan perbezaan fasa. * Daya kilas tidak tinggi dan kelajuan malar. Kegunaan - Motor ini sesuai untuk sistem berbeban yang rendah seperti kipas angin meja, kipas silang dan kipas ekzos. ii) Motor Aruhan Pemuat Pemula Ciri-ciri motor aruhan pemuat pemula · Pemuat dan suis empar dan disambung siri dengan belitan pemula. · Pemuat akan membezakan fasa di antara belitan pemula dan belitan larian. · Arus permulaan yang sangat tinggi sehingga memerlukan suis empar untuk memisahkan sambungan belitan pemula apabila kadar kelajuan mencapai 70% hingga 80% tahap kelajuan penuh. · Daya kilas sangat tinggi. Kegunaan - Motor ini sesuai untuk mesin yang memerlukan bebanan seperti mesin gerudi, mesin parut kelapa. iii) Motor Semesta Ciri-ciri motor semesta · Boleh menggunakan bekalan AU dan AT. · Kendalian sama seperti motor siri. · Daya kilas yang tinggi dan kelajuan putaran yang mudah dikawal. Kegunaan - Motor ini digunakan untuk peralatan elektrik spt. Gerudi tangan dan alat pengadun (blender) Menukar Putaran Motor Aruhan AU Arah putaran motor aruhan dapat ditukar dengan menukar arah penyambungan kekutuban belitan larian atau belitan pemula. |
Monday, October 11, 2010
Nota Ringkas Topik Motor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment